PENDIDIKAN KHAS | MASALAH PEMBELAJARAN

Kami guru Malaysia, sedaya upaya, apa yang kami laksana, patuh aspirasi negaraku, ke arah pendidikan bermakna. Aku Negaraku.

Isnin, 18 April 2022

KEMAHIRAN ASAS BOLA BALING

 

ALATAN

  1. Bola baling saiz 1.
  2. Kasut.
  3. Pakaian sukan.
  4. Sarung tangan penjaga gol.

KEMAHIRAN ASAS

  1. Berlari.
  2. Melompat.
  3. Hantaran bola.
  4. Menyambut bola.
  5. Menggelecek bola dengan tangan.
  6. Mengadang.
  7. Menjaring.
  8. Menjaga gol.

BERLARI

  1. Berlari tiga langkah dan membuat hantaran/ jaringan.
  2. Berlari sambil melantun bola dengan sebelah tangan tanpa menukar tangan.

MELOMPAT

  1. Menggunakan sebelah kaki.

HANTARAN BOLA

  1. Hantaran atas bahu.
  2. Hantaran tolak.
  3. Hantaran sisi.
  4. Hantaran lompat.
  5. Hantaran lantun.
  6. Hantaran leret.

MENYAMBUT BOLA

  1. Menangkap dan menerima bola.
  2. Tapak tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membuat tangkapan. Ibu jari berfungsi sebagai penahan bola.
  3. Pegang bola menggunakan tapak tangan dan gengaman jari perlu kemas.

MENGELECEK BOLA DENGAN TANGAN

  1. Bergerak pantas apabila ada peluang bergerak berseorangan.
  2. Satu lawan satu.
  3. Pemain tidak dapat membuat hantaran selepas menerima bola.

MENGADANG

  1. Kaki buka seluas bahu untuk mendapatkan sokongan yang kukuh.
  2. Tangan diangkat mengadang pihak penyerang.
  3. Luruskan badan dan kepala.

MENJARING

  1. Menjaring atas kepala.
  2. Jaringan lantun.
  3. Jaringan gerak keliru dari belakang.
  4. Celah kangkang.
  5. Meleret.
  6. Jaringan sisi/paras pinggang.
  7. Jaringan menjunam.
  8. Jaringan sambil berpusing.
  9. Jaringan lompat.
  10. Jaringan sudut.
  11. Jaringan penalti.
  12. Jaringan lambung
  13. Jaringan voli.

MENJAGA GOL

  1. Menangkap.
  2. Menepis.
  3. Menahan.
  4. Menahan dan menepis guna kaki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan