Kurikulum Pendidikan Khas
Bagi maksud melaksanakan Pendidikan Khas, mana-mana orang yang terlibat dalam perlaksanaan Pendidikan Khas hendaklah menggunakan Kurikulum Pendidikan Khas. [1]
Kurikulum Standart Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK). [2]
Kokurikulum Pendidikan Khas. [3]
Program Pendidikan Inklusif (PPI). [4]
Intervensi : Seorang guru hendaklah menggunakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) [5]
Pengubahsuaian PdPc
Bagi maksud melaksanakan Pendidikan Khas, seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian [6]
a) Kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran;
b) Masa yang diperuntukan bagi setiap aktiviti;
c) Susunan aktiviti; dan
d) Bahan bantu mengajar.
Tempoh Persekolahan
(1) Tidak lebih daripada dua tahun di sekolah rendah;
(2) Tidak lebih daripada dua tahun di sekolah menengah; atau
(3) Satu tahun di sekolah rendah dan satu tahun di sekolah menengah
Bagi murid yang berada di Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, tempoh belajar adalah dari umur minimum 6 tahun sehingga maksimum 14 tahun. [8]
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada murid Sekolah Rendah mulai tahun 2011 manakala Sekolah Menengah mulai tahun 2012. [9]
PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan.
Nota Kaki :
[1] Perlaksanaan Pendidikan Khas Peraturan 8(1)(a), Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013.
[2] Perenggan 2, SPI BIL 11 2010 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap Satu Mulai 2011.
[3] Tafsiran peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.
[4] Tafsiran Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013.
[5] Perlaksanaan Pendidikan Khas Peraturan 8(1)(b), Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013.
[6] Perlaksanaan Pendidikan Khas Peraturan 8(1)(c), Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013.
[7] Tempoh Pendidikan Bagi MBK Peraturan 10(1), Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013.
[8] Perenggan 5.3.1, SPI BIL 16 2002 Tatacara Pelaksanaan Tempoh Belajar Bagi Persekolahan Murid Berkeperluan Khas Di Sekolah Pendidikan Khas Dan Di Program Integrasi Pendidikan Khas Seluruh Malaysia.
[9] SSLP Bil 3 2011 Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan