PENDIDIKAN KHAS | MASALAH PEMBELAJARAN

Kami guru Malaysia, sedaya upaya, apa yang kami laksana, patuh aspirasi negaraku, ke arah pendidikan bermakna. Aku Negaraku.

Selasa, 19 April 2022

PENDIDIKAN KHAS

Definisi Pendidikan Khas 

Pendidikan bagi MBK di {1}sekolah khas, atau di sekolah yang melaksanakan {2}Program Pendidikan Khas Integrasi atau {3}Program Pendidikan Inklusif, pada peringkat– [1]
(a) pendidikan prasekolah;
(b) pendidikan rendah;
(c) pendidikan menengah;
(d) pendidikan lepas menengah;


Sekolah Pendidikan Khas (SPK)

Sekolah yang menyediakan pendidikan khas bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) pada semua peringkat persekolahan. Sekolah Pendidikan Khas ini dikendalikan terus oleh Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas).

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Hanya dihadiri oleh MBK di kelas khas di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.


Program Pendidikan Inklusif (PPI)

Dihadiri oleh MBK bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.


Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

Suatu rekod yang mengandungi butiran sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yang menyatakan tentang rancangan pendidikan bagi setiap murid berkeperluan pendidikan khas.


Kurikulum Pendidikan Khas

  1. Kurikukulum Kebangsaan.
  2. Kegiatan kokurikulum.
  3. Pengubahsuaian kaedah, tempoh masa, susunan aktiviti dan BBM.


Murid Berkeperluan Khas (MBK)

Murid Berkeperluan Khas (MBK) diguna pakai bagi menjelaskan murid berkeperluan pendidikan khas. [2]

“murid berkeperluan pendidikan khas” ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang mempunyai - [1]
(a) ketidakupayaan penglihatan;
(b) ketidakupayaan pendengaran;
(c) ketidakupayaan pertuturan;
(d) ketidakupayaan fizikal;
(e) masalah pembelajaran;
(f) mana-mana kombinasi (a) hingga (e).

KEMASKINI 27042022

PENGGUNAAN ISTILAH MBK KEPADA MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (MBPK) BERMULA 13 APRIL 2022 
[5] 


Pengesanan (Outreach)

Pengesanan ke atas murid yang mempunyai kebarangkalian berkeperluan khas boleh dilaksanakan oleh guru secara pemerhatian atau melalui pentadbiran ujian.


Penempatan MBK

Cadangan penempatan melalui rujukan beberapa dokumen sokongan dan mengikut kesesuaian kemampuan MBK. Surat penempatan dikeluarkan oleh JPN/ PPD.

 

Perkhidmatan Sokongan

  1. Pasukan Pelbagai Disiplin (MDT).
  2. Perkhidmatan sokongan berbentuk intervensi, rehabilitasi dan konsultasi dalam bidang khusus.


Tujuan program [3] 

  1. Semua murid berkeperluan pendidikan Khas (MBK) berpeluang untuk menerima akses pendidikan yang releven dan sesuai.
  2. Semua MBK perlu diperkembangkan bakat dan potensi murid melalui pendidikan vokasional bagi menghasilkan insan yang berkemahiran ke arah meningkatkan kualiti hidup.
  3. Semua MBK diberi peluang untuk mengikuti Program Intervensi Awal (EIP) agar tahap keupayaan mereka dapat dioptimumkan.
  4. Menyediakan peluang MBK untuk mengikuti program pendidikan yang menjurus kepada peningkatan potensi sedia ada bagi melahirkan kumpulan separuh mahir dan seterusnya menjadi aset kepada negara.
  5. MBK yang berpotensi seboleh-bolehnya ditempatkan secara inklusif di kelas-kelas arus perdana.


Penyataan Dasar Pendidikan Khas KPM [4] 

  1. Memastikan MBK diberi peluang untuk mendapatkan akses kepada pendidikan yang sesuai dan relevan.
  2. Memastikan program pendidikan bagi MBK sesuai dan relevan dengan kebolehan masing-masing agar dapat berdikari dan menjalani hidup yang berkualiti.
  3. Memastikan MBK yang berpotensi diberi peluang untuk ditempatkan secara inklusif di dalam kelas arus perdana selaras dengan prinsip pendidikan untuk semua.

Nota kaki :
[1] Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013
[2] Bab 1 Pengistilahan, peraturan 1.4 b), Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas
[3] Sumber:  https://www.moe.gov.my/pendidikan/khas/program-pendidikan-khas-integrasi/tujuan-program 

[4] Bab 1 perenggan 1.5, Buku Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas 
[5] SS KPM 13 APRIL 2022 PENGGUNAAN ISTILAH MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan